Assalammualaikum ...

Monday, August 10, 2009

HARAM Duduk Di atas KUBUR


---- Ustaz Shamsuri Ahmad ----
HADIS
-------------------------------------
Di dalam Kitab al-Muwatoq' terdapat Hadis yang melarang umat Islam duduk diatas kubur. Sedangkan ia menjadi kebiasaan kepada orang islam samaada semasa pengkebumian ataupun semasa menziarah kubur. Adakah Kilaf berhubung larangan tersebut, dan mengapa pekara ini berlaku. Pekara ini bukan terdapat dalam kitab Muwatoq' sahaja.
Al-Muwatoq' adalah kitab yang ditulis oleh Imam Malik. Al-Muwatoq' adalah kitab Hadis. Al-Muwatoq' ditulis dalam 2 jidil/siri. Al-Imam Shafie telah menghafal kitab ini. Beliau telah menghafal setiap baris ayat kitab ini. Bila mana Imam Malik menghadapi masaalah keuzuran, diluar kawasan dan sebagainya, Al-Imam Sfafie lah yang telah beliau amanahkan untuk menggantikan tempat beliau untuk mengajar Al-Muwatoq'. Imam Shafie boleh mengajar Al-Muwatoq' tanpa perlu melihat kitab.
Dalam kitab Al-Muwatoq' telah terdapat hadis menceriakan larangan ini. Antaranya ialah diriwayattkan,

"Saidina Ali Abi Talib sautu hari telah duduk diatas kubur, dan Rasullah SAW telah lalu dikawasan berkenaan. Dan Rasullah SAW telah berkata kepada saidina Ali, jangan kamu sakiti pada orang yang berada didalam kubur itu." (al imam Malik, Al-Muwatoq)

Pekara ini juga dapat dirujuk dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Dalam Syarak' yang ditulis Al-Imam Al-Nawawi dan Syaraq' bagi kitab Sahih Muslim, larangan ini ada dijelaskan dengan terang. Dengan Perinci.

Menurut Al-Imam Nawawi dalam syaraq' Muslim,
Hadis Rasullalah : "Jangan kamu duduk diatas kubur."

yang dimaksudkan dengan duduk itu adalah duduk dengan erti kata dengan punggung kamu, atau ia pun membawa maksud Haram duduk. Dari segi Jumhur ulamak menurutnya, bahawa jelas menyatakan duduk diatas kubur itu Haram.

Dalam masyakat melayu muslim kita ada yang mentafsifkan bahawa yang dimaksudkan itu adalah tidak boleh duduk itu adalah tidak boleh tinggal atau membina rumah untuk dijadilan tempat tinggal. Pendapat ini adalah salah dan ianya cuma berupa pendapat sahaja yang disampaikan oleh orang dulu atau pesanan orang tua-tua. Namun yang nyata ianya cuma berupa pendapat dan bukan rujukan atau ajaran dari para ulamak muktabar.

Pendapat yang paling ringan adalah bahawa hukumnya adalah makruh, namun ia bukan dari pendapat Al-Imam Syafie dan Jumhur Ulamak. Ia merupakan pendapat yang daif yang tidak jelas sumbernya.

Yang pasti ia merupakan satu larangan dan Hukumya Haram.

Dalam bab larangan dari sudut fiqah, larangan hanya terdapat dua hukum. Bermaksud yang dikatakan Larangan itu hanya boleh terdapat dua Hukum sahaja sama ada Haram atau Makruh. Tidak ada sunat, wajib dan dsb.

Dan larangan duduk diatas kubur ini adalah hukumnya Haram - Jumhur Ulamak.

Ia bukanlah masaaah Mazahab berlainan atau ada yang ingin mengatakan ianya wahabi.
Ia adalah Mazaab atau dari Al Imam Shafie.
Ia adalah sesuatu yang jelas namum menjadi keukaran yang kita semua menerimanya kerana telah menjadi satu kebiasaan dan budaya masyarakat Islam umumnya.

Ini berlaku kerana kita telah tidak merujuk pada Ilmu atau kibat2.
namun yang harus kita berterus terang.

Yang patut dilakukan adalah berdiri samaada semasa menziarah atau mengebumikan Jenazah.
"Rasullah telah berdiri setelah selesai mengkebumikan Jenazah dan bercakap", atau yang dilakukan masyarakat kita hari ini iaitu membaca talqin.

Sama-samalah kita rujuk kitab dan para ulamak.

Wassalam.

1 comment:

  1. baca nama yg ada pd batu nisan pun xleh kn? xtau plak hukumnya apa..tp boleh melemahkan daya ingatan lau xsalah..

    ReplyDelete