Assalammualaikum ...

Saturday, October 31, 2009

Removing The Menu Bar ...

JARINGAN MAKLUMAT

mY New Idea Of sharing what I most or read and follow on the net.

Sunday, September 6, 2009

Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati,Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini.Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud;
“Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.”
Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud,
“dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…”
Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil. Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke seksyen 22, di tengah-tengah kawasan Industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang.Saya hanyalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh tuan-tuan melalui pilihan raya yang diadakan pada masa-masa tertentu. Saya tidak berhak memaksa apa-apa pandangan atau keputusan ke atas tuan-tuan semua. Saya hanya mengharapkan keputusan yang tuan-tuan rumuskan sendiri berhubung cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23 mengambil kira persoalan keTaqwaan dan keAdilan seperti di atas.Islam adalah agama yang adil. Keadilannya mampu menawan hati semua manusia. Yang paling saya takuti adalah tindakan yang memberikan gambaran bahawa Islam adalah sebaliknya. Allah murka terhadap mereka yang bertindak dengan cara yang merosakkan imej Islam sehingga menyebabkan manusia terhalang untuk mengenali keadilannya. Allah berfirman ayat 94 Surah An-Nahl yang bermaksud:-
“Dan kamu ditimpa kehinaan kerana menjadi penghalang kepada jalan Allah (disebabkan tindakan buruk kamu) dan untuk kamu azab yang amat dahsyat (pada hari akhirat kelak)”
Ada yang bertanya kepada saya, tidakkah saya khuatir saya kalah dalam Pilihan Raya yang bakal tiba oleh kerana isu ini. Bagi saya sekiranya itulah kehendak pengundi, apakan daya? Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada Ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu. Seperti kisah seorang raja Islam di Mysore, Bangalore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu (Tippu Sultan). Rakyatnya terdiri daripada orang Islam, Hindu dan Sikh. Hingga ke hari ini rakyat India masih menceritakan mengenai pemerintahan beliau yang berasaskan Islam sebagai sebuah pemerintahan yang adil.Semoga Allah memberkati kita semua dan memimpin kita ke jalan yang diRedhaiNya.وسلام عليكم و السلام على من التبع الهدىYB KHALID BIN ABDUL SAMADAhli Parlimen Shah Alam

http://www.khalidsamad.com/
http://www.tvantara.com/v1/newsdetails?news=2083

EHSAN TVGABAN


EHSAN MALAYSIA KINI

Wednesday, August 19, 2009

BBQ FIESTA

BBQ Fiesta .. Alhamdulillah telah berjalan dengan memuaskan.
Hasrat untuk kumpulkan rakan2 dalam satu pertemuan / ghatering terus berjalan.
Diharapkan ia terus mendapat sambutan dan persahabatan terus melebarkan kesinambunganya. Semoga jalinan yang terjalin mampun membuahkan cita2 dan bibit2 keimanan dan ketaqwaan dibawa bersama. InsyaAllah itulah yang diharapkan dan dirancang.

Hujan berhenti lebih kurang jam 1:30PM, baru senpat bertolak dari rumah untuk persediaan. Sampai lebih kurang 1:50PM vijaya, nawar dan syamizar sudah menunggu. Rakan2 lain beransur2 tiba hingga sekitar jam 2:30PM. Unggun yang cuba dihidupkan dari awal tadi belum membuhkan hasil walau dicuba beberapa pakar bara. Bara cuma dapat dihidupkan sekitar jam 3PM. Pembakaran bermula namum ramai yang sudah kelihatan kelesuan kerana sudah letih kelaparan, menjadikan suassana hambar. nampaknya kehadiran dari kalangan peserta yang berbayar juga tidak penuh. At last sekitar 1/3 yang sepatutnya hadir sahaja yang muncul. Yang dijangka hadir tak payahlah nak komen. Dalam keadaan begitu lapar jam 4pm set untuk makan. Semua mula berhidang. Yang pasti ayam2 tak well cook dan yg lain belum dipanggan. Ayam pun baru berjaya dibakar tak sapai setengah. Selesai makan pembakaran jagung dimula, namun cuaca gelap kembali mendung. Diselang seli dengan sesi bergambar cuaca kelihatan tidak lagi mengizinkan. Mula berkemas dan rancak ketika jam sudah hampir jam 5:30PM. Pack dan bawa balik semua barang dan ayam, sosej yang masih banyak, jagung, kentang dan carrot yang tak sempat nak bakar lansung.
BBQ tamatkan tirainya dan semua terpaksa pulang dalam rintikan air hujan kembali melimpahkan rahmatnya ..
wasalam ...

Monday, August 10, 2009

HARAM Duduk Di atas KUBUR


---- Ustaz Shamsuri Ahmad ----
HADIS
-------------------------------------
Di dalam Kitab al-Muwatoq' terdapat Hadis yang melarang umat Islam duduk diatas kubur. Sedangkan ia menjadi kebiasaan kepada orang islam samaada semasa pengkebumian ataupun semasa menziarah kubur. Adakah Kilaf berhubung larangan tersebut, dan mengapa pekara ini berlaku. Pekara ini bukan terdapat dalam kitab Muwatoq' sahaja.
Al-Muwatoq' adalah kitab yang ditulis oleh Imam Malik. Al-Muwatoq' adalah kitab Hadis. Al-Muwatoq' ditulis dalam 2 jidil/siri. Al-Imam Shafie telah menghafal kitab ini. Beliau telah menghafal setiap baris ayat kitab ini. Bila mana Imam Malik menghadapi masaalah keuzuran, diluar kawasan dan sebagainya, Al-Imam Sfafie lah yang telah beliau amanahkan untuk menggantikan tempat beliau untuk mengajar Al-Muwatoq'. Imam Shafie boleh mengajar Al-Muwatoq' tanpa perlu melihat kitab.
Dalam kitab Al-Muwatoq' telah terdapat hadis menceriakan larangan ini. Antaranya ialah diriwayattkan,

"Saidina Ali Abi Talib sautu hari telah duduk diatas kubur, dan Rasullah SAW telah lalu dikawasan berkenaan. Dan Rasullah SAW telah berkata kepada saidina Ali, jangan kamu sakiti pada orang yang berada didalam kubur itu." (al imam Malik, Al-Muwatoq)

Pekara ini juga dapat dirujuk dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Dalam Syarak' yang ditulis Al-Imam Al-Nawawi dan Syaraq' bagi kitab Sahih Muslim, larangan ini ada dijelaskan dengan terang. Dengan Perinci.

Menurut Al-Imam Nawawi dalam syaraq' Muslim,
Hadis Rasullalah : "Jangan kamu duduk diatas kubur."

yang dimaksudkan dengan duduk itu adalah duduk dengan erti kata dengan punggung kamu, atau ia pun membawa maksud Haram duduk. Dari segi Jumhur ulamak menurutnya, bahawa jelas menyatakan duduk diatas kubur itu Haram.

Dalam masyakat melayu muslim kita ada yang mentafsifkan bahawa yang dimaksudkan itu adalah tidak boleh duduk itu adalah tidak boleh tinggal atau membina rumah untuk dijadilan tempat tinggal. Pendapat ini adalah salah dan ianya cuma berupa pendapat sahaja yang disampaikan oleh orang dulu atau pesanan orang tua-tua. Namun yang nyata ianya cuma berupa pendapat dan bukan rujukan atau ajaran dari para ulamak muktabar.

Pendapat yang paling ringan adalah bahawa hukumnya adalah makruh, namun ia bukan dari pendapat Al-Imam Syafie dan Jumhur Ulamak. Ia merupakan pendapat yang daif yang tidak jelas sumbernya.

Yang pasti ia merupakan satu larangan dan Hukumya Haram.

Dalam bab larangan dari sudut fiqah, larangan hanya terdapat dua hukum. Bermaksud yang dikatakan Larangan itu hanya boleh terdapat dua Hukum sahaja sama ada Haram atau Makruh. Tidak ada sunat, wajib dan dsb.

Dan larangan duduk diatas kubur ini adalah hukumnya Haram - Jumhur Ulamak.

Ia bukanlah masaaah Mazahab berlainan atau ada yang ingin mengatakan ianya wahabi.
Ia adalah Mazaab atau dari Al Imam Shafie.
Ia adalah sesuatu yang jelas namum menjadi keukaran yang kita semua menerimanya kerana telah menjadi satu kebiasaan dan budaya masyarakat Islam umumnya.

Ini berlaku kerana kita telah tidak merujuk pada Ilmu atau kibat2.
namun yang harus kita berterus terang.

Yang patut dilakukan adalah berdiri samaada semasa menziarah atau mengebumikan Jenazah.
"Rasullah telah berdiri setelah selesai mengkebumikan Jenazah dan bercakap", atau yang dilakukan masyarakat kita hari ini iaitu membaca talqin.

Sama-samalah kita rujuk kitab dan para ulamak.

Wassalam.

Sunday, August 9, 2009

SETEM - 7 Orang satu Panggung

7 Orang satu panggung.. Teruk sangat kah movie ni .. hmmm ... Bagi aku Jalan cerita Best namun mutu arahan dan Effect yg sebab kan Movie ni Jadi 1 Orang Satu Panggung Belah Petangnya... Sian2.. Filem Melayu. GIJOE ada 3-4 panggung lagi Full... Tak ada Tiket ...
OK lah Petang KAMI Ngan BOB, ZAM dan SUE kat Hammer BAY menikmati SIAKAP 3 RASA... emmmmm..


































































Saturday, August 8, 2009

Today PM at Office

Today OT lah..buat preventive. Ari juga jumpa safari citer2 lama yang dah lama. Ok lah dah keja Gomen n banyak buat ot. Ptg hujan lebat sangat ingat nak gi makan kat Hamme Bay, then kena lah masak. Dah lama tak ujan Selebat ni kat Penang. At least baik juga kerana dapat kurangkan risiko H1N1. Menurut jabatan Kesihatan H1N1 lebih senang merebak dalam keadaan jerubu.
ESOK sapa yang ada kelapangan jom gi tengok Gi JOE at perangan selum jam 11AM RM5 Jer..

Friday, August 7, 2009

Royalti Milik Rakyat Kelantan

Bukan kerajaan, namun anjuran dan usaha rakyat Kelantan sendiri, maka pada 5 Ogos sekumpulan sekitar 65 orang bagi menuntut hak dan keadilan untuk kembalikan royalti miyak telah berlepas dengan menggunakan bot tongkang. Ia juga disertai jurukur bertauliah mengesahkan pelantar terletak 153KM dari tahah besar. Ini mengesahkan bahawa royalti adalah hak dan milik rakyat kelantan. Ini menafikan usaha sesetengah pihak untuk menidakkan hak berkenaan. Semoga kebenaran terserlah dan usaha jahat dan tidak iklas bermuka2 kononya rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan menjadi slogan propaganda yang memakan dan mnguburkan mereka pada PRU akan datang.
(Petikan TVPAS.com)

Monday, June 15, 2009

Tandori Nan (Cari Makan)

Lokasi : Lebuh Chulia, Penang, Malaysia
Google Earth : 5°24'57.66"N, 100°20'18.95"E (just paste this address in google earth finder)Kedai / Restoran / Warong : Restoran Kapitan
Istimewa : Roti Nan Tandori Set
Harga : Standard
Nota : Bagi yang makan makanan kedai Mamak, Kalu Mai Penang Jangan lupa Makan Roti Nan Tandori Chese Set kat Restoran Kapitan Keling di Lebuh Chulia, Penang. Recomemded. Set nan dia memamng paling best aku pernah rasa. In fact seorang pelancong pernah kata kat server makanan kat situ, dia dah jalan2 seluruh india, dia tak pernah rasa the best punya Tandori Nan macam kat sini. Lagi satu recomamded makan ayam goreng nya yg pasti best berempah lain dari yang lain. Datang dalam set. Tapi Jangan makan Nasi kerana bukan speciaties mereka, rasanya tak best walaupun dibanding dengan restoran mamak biasa yang lain. Kat sini juga ada susu asli bagi yang suka minum ... Selamat mencoba.


Sunday, June 14, 2009

Round Island

Minggu ni sempena tak balik kampung, Ana n Wife boring2 telah round island Penang. Sambil tu sempat singgah mesjid terapong untuk zuhor. Memang cantik tapi walaupun cantik tak ada jadual majlis ilmu yang tetera. Mungkin mesjid ni dibina sekadar untuk pelancongan. Mesjid ni dibina sempena menggantikan mesjid yang rosak kerana Tsunami dulu. Hairan jugak kenapa mesjid ni rosak sedangkan kat Acheh sana tempat yang kena tsunami mesjidnya masih bediri teguh. Share gambar2 dari album picasa ... Mesjid Terapung kat Penang.
masjid terapong

Monday, June 8, 2009

Kisah ISA


Cerita kegigihan Mangsa ISA, kisah kecekalan Cikgu Laila ... Sedih dan sungguh tragis... Hanya kerana beliau belajar dinegara seperti pakistan, india dsb, wajarkah beliau ditujuh pengganas. Usahlah kita bersekongkol atau redha dengan tindakkan kerajaan ini, yang ingin menunjukkan yang mereka lebih hebat dari Allah. Allah Yang maha adil tetap membicarakan kita kelak dipadang mahsyar sebelum dihumban ke neraka atau memasuki syurga. Begitulah keadilan yang ingin diajar Allah. Agama Allah juga telah menggariskan hak seorang yang bergelar manusia dibumi ciptaanya ini berhak bersuara, diberi kedilan, dibicara. Itulah antara asas-asas Islam yang menggariskan akan Hak antara Allah dan mahluknya, Hak antara mahluk dengan Allah, dan hak antara Manusia dan Alam. Atau mungkin kerana Allah itu maha adil, dan manusia tidak begitu, malah dikalangan manusia itu lebih ramai yang tidak beriman daripada yang taat. Renungkan lah sabda Rasullahlah S.A.W, Diawalh Kedatangan Islam itu ia Dagang, Ditengahnya Is Mashyur dan gemilang, Di akhir zaman kembali dagang. Renung-Renungkan, marilah kita bersama menjadi insan yang tergolong Bertakwa pada Allah. ... baca aritikel

Saturday, May 23, 2009

BUKIT MERAH n Reunion100

jPada 23 Mei 09, kamik telah kesempatan bersama 'geng' Reunion100 beraktiviti Ke Bukit Merah Lake Town, Semanggol. Nyaman sekali. Tak ramai yang hadir, namum meriah.
Kitak tak mandi2 sekali sekadar fyi dgn kerusi kabel rentas taman air.
Makanan di Gerai / Food Corner Lake Town Memamg Out, So yang ada plan kesana bolehlah bawa sedikit bekal makanan. Ushar2lah foto teman2 @ Reunion100 @ FotopagesReunion100 .



Thursday, May 14, 2009

Bersediakah Anda Dipanggil Pulang

' Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan'
Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!! Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan! Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan! Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan! Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan! Dengan kain kafan yang serba putih! Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih.... Walaupun orang yang hadir itu merintih.... . Selepas itu kamu akan Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah. Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat dan doa.... Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus.... Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud.... Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.... Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat.... Usunglah dirimu ke tikar Solat.... Sebelum kamu diusung ke liang lahad.... Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat! Iringilah dirimu ke masjid.... Sebelum kamu diiringi ke Pusara! Tangisilah dosa-dosamu di dunia.... Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'! Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan! Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. .. Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan! Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan! Kerana ianya berguna untuk yang tinggal.... Bukan yang pergi! Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan! Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan! Ingatlah di mana saja kamu berada..... Kamu tetap memijak bumi Tuhan! Dan dibumbungi dengan langit Tuhan! Serta menikmati rezeki Tuhan! Justeru bila Dia menyeru,.... Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia.... memanggilmu buat kali yang terakhirnya! Ingatlah kamu dahulu hanya.... setitis air mani yang tidak bererti! Lalu menjadi segumpal darah! Lalu menjadi seketul daging! Lalu daging itu membaluti tulang! Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti.... Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu.... Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu! Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu.... Yang lebih agung dari malaikat! Lahirmu bukan untuk dunia.... Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat! Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'.... Dengan penuh rela dan bersedia! Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'.. Jalan kemenangan akhirat dan dunia! Ingatlah yang kekal ialah amal.... Menjadi bekal sepanjang jalan! Menjadi teman di perjalanan. ... Guna kembali ke pangkuan Tuhan! Pada hari itu tiada berguna. Harta, tahta dan putera.... Isteri, kad kredit dan kereta.... Kondominium, saham dan niaga.... Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!! ' Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan'

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!! Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Mak a Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. TANDA 3 HARI Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. TANDA AKHIR Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak forward this buletin...may ALLAH SWT bless you. Saling berpesan2lah sesama kita........

Wednesday, May 13, 2009

Tok Guru, DSAI & Zaid



Di Majlis Perlancaran Buku Saya Pun Melayu, tulisan Zaid Ibrahim dan Kemilau Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat. Majlis diraikan tetamu kehormat, Ketua Umum KeADILan, DSAI. Kelihatan TGNA menyampaikan cenderahati kepada Zaid Ibrahim dan Encik Masri mewakili Anbakri Publika sdn bhd menyerahkan cenderahati kepada DSAI

Dapatkan Buku-buku Karya-karya Ulamak Tersohor ..... here

Monday, May 11, 2009

Sifat Benar,
Nurkilan Nik Abduh. Anakanda TGNA - Klick disini
Petikan dari http://nikabduh.wordpress.com
Alhamdulillah, memula bicara
Salam Persaudaraaan. Secangkir kata memula rentetan penulisan ... 11.05.2009 ..
Wassalam...