Assalammualaikum ...

Saturday, October 31, 2009

Removing The Menu Bar ...

JARINGAN MAKLUMAT

mY New Idea Of sharing what I most or read and follow on the net.

Sunday, September 6, 2009

Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati,Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini.Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud;
“Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.”
Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud,
“dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…”
Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil. Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke seksyen 22, di tengah-tengah kawasan Industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang.Saya hanyalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh tuan-tuan melalui pilihan raya yang diadakan pada masa-masa tertentu. Saya tidak berhak memaksa apa-apa pandangan atau keputusan ke atas tuan-tuan semua. Saya hanya mengharapkan keputusan yang tuan-tuan rumuskan sendiri berhubung cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23 mengambil kira persoalan keTaqwaan dan keAdilan seperti di atas.Islam adalah agama yang adil. Keadilannya mampu menawan hati semua manusia. Yang paling saya takuti adalah tindakan yang memberikan gambaran bahawa Islam adalah sebaliknya. Allah murka terhadap mereka yang bertindak dengan cara yang merosakkan imej Islam sehingga menyebabkan manusia terhalang untuk mengenali keadilannya. Allah berfirman ayat 94 Surah An-Nahl yang bermaksud:-
“Dan kamu ditimpa kehinaan kerana menjadi penghalang kepada jalan Allah (disebabkan tindakan buruk kamu) dan untuk kamu azab yang amat dahsyat (pada hari akhirat kelak)”
Ada yang bertanya kepada saya, tidakkah saya khuatir saya kalah dalam Pilihan Raya yang bakal tiba oleh kerana isu ini. Bagi saya sekiranya itulah kehendak pengundi, apakan daya? Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada Ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu. Seperti kisah seorang raja Islam di Mysore, Bangalore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu (Tippu Sultan). Rakyatnya terdiri daripada orang Islam, Hindu dan Sikh. Hingga ke hari ini rakyat India masih menceritakan mengenai pemerintahan beliau yang berasaskan Islam sebagai sebuah pemerintahan yang adil.Semoga Allah memberkati kita semua dan memimpin kita ke jalan yang diRedhaiNya.وسلام عليكم و السلام على من التبع الهدىYB KHALID BIN ABDUL SAMADAhli Parlimen Shah Alam

http://www.khalidsamad.com/
http://www.tvantara.com/v1/newsdetails?news=2083

EHSAN TVGABAN


EHSAN MALAYSIA KINI

Wednesday, August 19, 2009

BBQ FIESTA

BBQ Fiesta .. Alhamdulillah telah berjalan dengan memuaskan.
Hasrat untuk kumpulkan rakan2 dalam satu pertemuan / ghatering terus berjalan.
Diharapkan ia terus mendapat sambutan dan persahabatan terus melebarkan kesinambunganya. Semoga jalinan yang terjalin mampun membuahkan cita2 dan bibit2 keimanan dan ketaqwaan dibawa bersama. InsyaAllah itulah yang diharapkan dan dirancang.

Hujan berhenti lebih kurang jam 1:30PM, baru senpat bertolak dari rumah untuk persediaan. Sampai lebih kurang 1:50PM vijaya, nawar dan syamizar sudah menunggu. Rakan2 lain beransur2 tiba hingga sekitar jam 2:30PM. Unggun yang cuba dihidupkan dari awal tadi belum membuhkan hasil walau dicuba beberapa pakar bara. Bara cuma dapat dihidupkan sekitar jam 3PM. Pembakaran bermula namum ramai yang sudah kelihatan kelesuan kerana sudah letih kelaparan, menjadikan suassana hambar. nampaknya kehadiran dari kalangan peserta yang berbayar juga tidak penuh. At last sekitar 1/3 yang sepatutnya hadir sahaja yang muncul. Yang dijangka hadir tak payahlah nak komen. Dalam keadaan begitu lapar jam 4pm set untuk makan. Semua mula berhidang. Yang pasti ayam2 tak well cook dan yg lain belum dipanggan. Ayam pun baru berjaya dibakar tak sapai setengah. Selesai makan pembakaran jagung dimula, namun cuaca gelap kembali mendung. Diselang seli dengan sesi bergambar cuaca kelihatan tidak lagi mengizinkan. Mula berkemas dan rancak ketika jam sudah hampir jam 5:30PM. Pack dan bawa balik semua barang dan ayam, sosej yang masih banyak, jagung, kentang dan carrot yang tak sempat nak bakar lansung.
BBQ tamatkan tirainya dan semua terpaksa pulang dalam rintikan air hujan kembali melimpahkan rahmatnya ..
wasalam ...

Monday, August 10, 2009

HARAM Duduk Di atas KUBUR


---- Ustaz Shamsuri Ahmad ----
HADIS
-------------------------------------
Di dalam Kitab al-Muwatoq' terdapat Hadis yang melarang umat Islam duduk diatas kubur. Sedangkan ia menjadi kebiasaan kepada orang islam samaada semasa pengkebumian ataupun semasa menziarah kubur. Adakah Kilaf berhubung larangan tersebut, dan mengapa pekara ini berlaku. Pekara ini bukan terdapat dalam kitab Muwatoq' sahaja.
Al-Muwatoq' adalah kitab yang ditulis oleh Imam Malik. Al-Muwatoq' adalah kitab Hadis. Al-Muwatoq' ditulis dalam 2 jidil/siri. Al-Imam Shafie telah menghafal kitab ini. Beliau telah menghafal setiap baris ayat kitab ini. Bila mana Imam Malik menghadapi masaalah keuzuran, diluar kawasan dan sebagainya, Al-Imam Sfafie lah yang telah beliau amanahkan untuk menggantikan tempat beliau untuk mengajar Al-Muwatoq'. Imam Shafie boleh mengajar Al-Muwatoq' tanpa perlu melihat kitab.
Dalam kitab Al-Muwatoq' telah terdapat hadis menceriakan larangan ini. Antaranya ialah diriwayattkan,

"Saidina Ali Abi Talib sautu hari telah duduk diatas kubur, dan Rasullah SAW telah lalu dikawasan berkenaan. Dan Rasullah SAW telah berkata kepada saidina Ali, jangan kamu sakiti pada orang yang berada didalam kubur itu." (al imam Malik, Al-Muwatoq)

Pekara ini juga dapat dirujuk dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Dalam Syarak' yang ditulis Al-Imam Al-Nawawi dan Syaraq' bagi kitab Sahih Muslim, larangan ini ada dijelaskan dengan terang. Dengan Perinci.

Menurut Al-Imam Nawawi dalam syaraq' Muslim,
Hadis Rasullalah : "Jangan kamu duduk diatas kubur."

yang dimaksudkan dengan duduk itu adalah duduk dengan erti kata dengan punggung kamu, atau ia pun membawa maksud Haram duduk. Dari segi Jumhur ulamak menurutnya, bahawa jelas menyatakan duduk diatas kubur itu Haram.

Dalam masyakat melayu muslim kita ada yang mentafsifkan bahawa yang dimaksudkan itu adalah tidak boleh duduk itu adalah tidak boleh tinggal atau membina rumah untuk dijadilan tempat tinggal. Pendapat ini adalah salah dan ianya cuma berupa pendapat sahaja yang disampaikan oleh orang dulu atau pesanan orang tua-tua. Namun yang nyata ianya cuma berupa pendapat dan bukan rujukan atau ajaran dari para ulamak muktabar.

Pendapat yang paling ringan adalah bahawa hukumnya adalah makruh, namun ia bukan dari pendapat Al-Imam Syafie dan Jumhur Ulamak. Ia merupakan pendapat yang daif yang tidak jelas sumbernya.

Yang pasti ia merupakan satu larangan dan Hukumya Haram.

Dalam bab larangan dari sudut fiqah, larangan hanya terdapat dua hukum. Bermaksud yang dikatakan Larangan itu hanya boleh terdapat dua Hukum sahaja sama ada Haram atau Makruh. Tidak ada sunat, wajib dan dsb.

Dan larangan duduk diatas kubur ini adalah hukumnya Haram - Jumhur Ulamak.

Ia bukanlah masaaah Mazahab berlainan atau ada yang ingin mengatakan ianya wahabi.
Ia adalah Mazaab atau dari Al Imam Shafie.
Ia adalah sesuatu yang jelas namum menjadi keukaran yang kita semua menerimanya kerana telah menjadi satu kebiasaan dan budaya masyarakat Islam umumnya.

Ini berlaku kerana kita telah tidak merujuk pada Ilmu atau kibat2.
namun yang harus kita berterus terang.

Yang patut dilakukan adalah berdiri samaada semasa menziarah atau mengebumikan Jenazah.
"Rasullah telah berdiri setelah selesai mengkebumikan Jenazah dan bercakap", atau yang dilakukan masyarakat kita hari ini iaitu membaca talqin.

Sama-samalah kita rujuk kitab dan para ulamak.

Wassalam.